Khidmat Abu Bakar berakhir 1 Julai - JPA
PUTRAJAYA 29 Jun - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 60, tamat perkhidmatan Ahad ini setelah dua tahun memegang jawatan tersebut.Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), beliau dilantik ke jawatan itu pada 1 Julai 2010 dan sebelum itu berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan awam, Abu Bakar pernah ditugaskan di beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertahanan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Perdana Menteri.
Beliau memulakan kerjaya dalam sektor awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Abu Bakar merupakan salah seorang yang terlibat dalam pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menimbulkan rasa tidak puas hati kakitangan bawahan.
SBPA yang sempat dilaksanakan beberapa bulan sebelum dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment